KETIKA DAN KALIMAT ♥️
Assalammualaikum, hari ini aku nak kongsi pengalaman sepanjang sem 7 ini. Sem ini merupakan sem pertama belajar dengan Prof Normaliza. Sebelum ini dengar daripada senior dan junior cakap Prof ini garang. First time masuk kelas Prof, Prof ada pesan tentang pemakaian kasut yang bertutup dan jangan datang lewat ke kelas.
Menjadi pelajar final year bukan mudah ye semua. Banyak yang perlu dikejar juga. Tugasan Multimedia paling banyak sem ni perlu dibuat. Kami perlu menyiapkan tugasan kumpulan dan tugasan individu. Namun begitu, dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa ini saya telah mendapat ilmu baharu. Dari subjek ini juga saya dapat mengenali tentang asas fotografi sebagai contoh mug shot, long shot, over the shoulder dan sebagainya. Tambahan pula, daripada subjek ini juga saya dapat mempelajari apa itu flat lay. Saya juga dapat mengetahui apa itu video one shoot, one shoot (two layer) dan one shoot (three layer). Semasa nak buat video kami mesti memilih tempat yang sesuai dengan video yang kami lakukan itu. Tugasan untuk subjek Multimedia setiap minggu akan diberikan tugasan. Walaupun tugasan lain juga banyak tapi saya dan kumpulan gagahkan juga menyiapkan tugasan Multimedia. Dalam banyak banyak sem, sem ini merupakan sem yang paling jarang sekali saya balik ke rumah kerana untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh Prof 😩 Tapi saya redha sem akhir dah kan dan Prof pun selalu pesan “kena redha”.
Allah menguji di saat minggu akhir nak habis belajar ni, demam panas pula dah 😷 sampai tidak dapat melakukan apa apa tugasan tapi mujur lah semua tugasan Multimedia sudah siap di awal waktu, Alhamdulillah. Terimakasih juga kepada Prof sebab mengajar kami semua untuk menepati masa. Setiap kali kelas Prof mesti akan datang sebelum Prof masuk. Tapi ada suatu hari, terdatang lewat sebab berjumpa dengan Dr. Halis sebelum kelas. Dalam kelas, Prof mahukan alasan kenapa datang lewat ke kelas. Saya dan Afza memberi alasan datang lewat disebabkan berjumpa Dr. Halis kemudian Prof terus bertanya “ada selfie dengan Dr. Halis?” Kami menjawab “tiada”. Prof menyuruh kami whatsapp Dr. Halis supaya memberi bukti bahawa kami berjumpa Dr sebelum kelas. Lantas, kami terus keluar dan menghubungi Dr. Halis agar memberikan penjelasan tapi Dr. Halis mengatakan beliau akan datang ke kelas itu. Kami kembali ke kelas dengan membawa Dr. Halis namun satu kelas gelakkan kami disebabkan kami membawa Dr.Halis terus sebagai bukti hahahahaha 😂
Banyak kenangan suka duka sepanjang sem ni dalam melakukan tugasan Multimedia bersama ahli kumpulan iaitu Gadis Trex Production. Terima kasih kepada Prof Normaliza kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami dan terima kasih kepada tutor yang mengajar kami dan untuk ahli kumpulan Gadis Trex sepanjang melakukan tugasan Multimedia ini. Dalam banyak banyak video yang kami buat saya paling gemar video one shoot three layer. Sebab dalam video tu semua main peranan dan video nampak ceria. Akan merindui Prof Normaliza dan geng Gadis Trex 🤧
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu14
#KetikaDanKalimat
#GadisTrexProduction
#ProfdanSubjekYangAkanDirinduiSentiasa