Showing posts with label Gadis. Show all posts
Showing posts with label Gadis. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds eye view (Gadis T-Rex Production)

 Birds eye view

Gambar bird eye view ini merupakan gambar dari tingkat empat bangunan kolej menunjukkan deretan motor yang tersusun. Pemandangan dari atas itu juga menunjukkan terdapat dua orang yang sedang berjalan. Kemungkinan dua orang itu mahu pergi ke kelas dan mereka sudah terlambat.



Gambar bird eye view ini menunjukkan pemandangan dari jarak yang jauh dari kolam mandi. Terdapat pokok-pokok di sekitar kolam tersebut yang hidup dengan baik. Selain itu, terdapat pokok kecil iaitu kerusi dan meja berada berdekatan dengan kolam mandi itu.



Pemandangan bird eye view yang terakhir ini merupakan gambar yang telah di ambil dari bangunan atas yang menunjukkan di bawahnya kereta dan motosikal. Pemandangan ini menunjukkan kereta dan motosikal berhenti disebabkan lampu isyarat berwarna merah.

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (Gadis T-Rex Production)

Over the shoulder



Gambar ini menunjukkan gambar over the shoulder. Kelihatan kawan-kawan di belakang itu sangat gembira berswafoto dengan pemandangan yang cantik yang terdapat di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.


Gambar ini menunjukkan gambar over the shoulder berlatar belakangkan pemandangan bangunan yang jauh. Dua orang daripada mereka tidak selesa untuk bergambar kerana menghadap matahari. 


Gambar over the shoulder yang ketika pula menunjukkan mereka berlatar belakangkan pokok-pokok. Suasana di situ sangat sejuk dan selesa kerana teduh daripada cahaya matahari. 

BBM3410Satu2019: Mug shot (Gadis T-Rex Production)

Mug shot
Mug shot 


Gambar mug shot ini menunjukkan emosinya yang sedang marah. Dia menunjukkan emosi marah kerana lapar disebabkan waktu mengambil gambar ini dia belum makan lagi.


Gambar mug shot yang kedua ini pula menunjukkan emosi sedih. Emosi sedih yang ditunjukkan telah menitiskan air mata di pipinya kerana sangat rindukan keluarganya yang berada di kampung halaman. 


Gambar mug shot yang ketiga ini pula menunjukkan emosi yang gembira. Dia sangat gembira kerana ibunya memberitahunya dia sekeluarga akan bercuti di Cameron Highland pada cuti pertengahan tahun ini. 

BBM3410Satu2019: Medium shot (Gadis T-Rex Production)

Medium shot
Medium shot pemandangan


Gambar ini menunjukkan gambar medium shot pemandangan iaitu pemandangan pokok-pokok yang berada di Taman Saujana Hijau, Putrajaya. kami mengambil gambar ini adalah kerana mempunyai asas fotografi yang menarik dengan warna-warna pokok tersebut, 



Gambar medium pemandangan yang kedua ini merupakan gambar yang telag saya ambil ketika berada di Fukuoka, Jepun. Gambar ini menunjukkan warna-warna sebelah kiri dan kanan serta di jambatan tersebut menarik dan warnanya sesuai. 



Gambar pemandangan ini juga merupakan gambar yang telah di ambil semasa di Jepun iaitu terletak di Shimonoseki. Pemandangan ini menunjukkan warna yang menarik perhatian apabila melihatnya. Selaij itu, warna tulisan yang digunakan juga menampakkan warna yang ceria. 


Medium shot pemandangan dan manusia


Medium shot pemandangan dan manusia ini merupakan seseorang yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangan. Dia sedang mencari telefon kerana telefonnya sedang berdering menunjukkan panggilan masuk.


Gambar medium pemandangan dan manusia yang kedua ini menunjukkan separuh badannya berpusing ke hadapan hanya tangan dan mukanya sahaja berpaling ke belakang. Gambar ini juga menunjukkan dia sedang berjalan menunju ke hadapan tetapi orang di belakang memanggil namanya dan menangkap gambar dari arah belakang.


Gambar yang terakhir merupakan gambar medium iaitu pemandangan dan manusia. Gambar ini menunjukan latar belakang pemandangannya adalah pokok yang berwarna hijau. Orang yang di dalam gambar ini juga tidak memusingkan badannya sepenuhnya ke hadapn kamera. 

BBM3410Satu2019: Long shot (Gadis T-Rex Production)

Long shot
Long shot pemandangan dan manusia



Gambar ini menunjukkan gambar yang diambil dari jarak yang jauh. Selain itu, gambar ini berfokuskan kepada orang dan bangunan yang terdapat di belakangnya. 




Gambar yang kedua long shot ini adalah gambar pemandangan dan manusia. Gambar ini menunjukkan gambar pemandangan di sebuah tasik tetapi terdapat pokok kepala seperti berada di pantai. 



Gambar yang ketiga menunjukkan gambar pemandangan dan manusia. Gambar ini menunjukkan manusia tersebut sedang berjalan. Gambar ini ingin menfokuskan manusia yang sedang berjalan dan menara yang tinggi yang berada dibelakang itu.  



Long shot pemandangan


Gambar long shot pemandangan ini merupakan gambar pemandangan ketika saya berada di Jepun tahun lepas. Gambar ini mahu menfokuskan matahari yang akan terbenam dihujung itu dan gambar ini diambil ketika waktu petang. 



Gambar long shot pemandangan yang kedua ini juga merupakan gambar pemandangan di Jepun. Gambar ini juga menfokuskan cahaya matahari tetapi sudah terbenam. Gambar ini di ambil di Stesen kereta api. 


Gambar long shot yang pemandangan yang terakhir ini merupakan pemandangan dari atas iaitu Putrajaya International Convention CentreGambar ini menfokuskan bangunan yang terdapat di belakang bangunan yang tinggi itu. 

BBM3410Satu2019: Close-up (Gadis T-Rex Production)

Close-up 
Close-up manusia


Gambar close-up ini menunjukkan wajah yang penuh dengan senyuman sehingga menampakkan ke semua giginya. Wajah seperti ini tidak boleh dilakukan dengan terpaksa. Wajah seperti ini mestilah dilakukan dengan sepenuh hati agar nampak seperti semulajadi senyuman yang penuh dengan gembira.



Gambar close-up yang kedua pula menunjukkan sedang bersedih. Nampakkan wajah sedih dan air mata di pipinya. Gambar ini juga menunjukkan perasaannya yang sedang bersedih disebabkan tidak lama lagi akan diadakan pembentangan untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir tetapi tidak menyiapkan dengan sepenuhnya lagi. 




Gambar close-up yang ketiga ini menunjukkan muka dan perasaan yang marah. Dia menunjukkan muka marah adalah kerana terpaksa mengambil gambar dia bawah terik matahari. Tidak semua orang suka untuk mengambil gambar di bawah terik matahari. 


Close-up bukan manusia


Gambar ini menunjukkan close-up bukan manusia. Gambar ini juga telah menampakkan lebah itu sedang mengisap madu yang terdapat di bunga.



Gambar close-up yang kedua ini menunjukkan gambar sayur yang berada di kebun. Gambar ini menampakkan dengan jelas terdapat air di kelopak sayur tersebut.


Gambar close-up yang terakhir iaitu bukan manusia menunjukkan gambar bunga yang sedang hidup mekar. Bunga tersebut telah menampakkan corak-corak yang terdapat di kelopaknya dengan begitu jelas.

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...