Dalam bab satu yang bertajuk Kajian
Wacana. Dalam ini juga telah menerangkan tentang teori wacana dalam
pengkongisan antara berapa pihak. Antara pengkongisannya adalah melalui bahasa.
Terdapat juga tokoh yang berkaitan dengan wacana telah di menyatakan dalam bab
ini. Tambahan pula, dalam bab satu ini juga memperkenalkan berkiatan kajian
wacana iaitu seperti maksud wacana serta konsep wacana tersebut. Terdapat
sepuluh definisi wacana yang terdapat dalam bab satu ini. Bab dua pula telah
menyatakan beberapa teori serta pendekatan berkaitan wacana. Antara teori yang
telah dinyatakan dalam bab ini adalah teori Brown & Yule (1983),
Stubbs(1983), Kritis (Vandijk, 1977), Kritis (Fairclough,1995) dan teori
Normaliza Abd Rahim (2018d). Manakala pendekatan pula adalah, pendekatan
Normaliza Abd Rahim(2018b). Bab tiga pula menceritakan berkaitan Analisis
Wacana Tesktual dan Ujaran. Dalam bab ini telah menyatakan berkaitan dengan
pengenalan berkaitan kajian analisis wacana. Selain itu, dalam bab ini juga
telah membincangkan berkaitan metodologi. Hal ini, terdapat tiga kajian yang
telah dinyatakan dalam metodologi iaitu kajian wacana tekstual “Model
Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak”, kajian tentang wacana
tekstual cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Seterusnya
dalam bab ini juga telah menyatakan keputusan dan perbincangan. Dalam bahagian
ini telah menyatakan sebanyak tiga kajian wacana yang telah dilakukan. Dalam
bab seterusnya adalah bab empat iaitu bertajuk Strategi Komunikasi telah
membincangkan cara berkomunikasi dengan tepat. Antaranya adalah, berkomunkasi
dalam kumulan yang kecil dan besar. Dalam bab lima pula, bertajuk Taksonomi dan
Pendekatan Strategi Komunikasi. Dalam bab lima ini terdapat 16 pendekatan yang
telah dibincangkan oleh Normaliza Abd Rahim (2018e). Bab enam pula, bertajuk Analisis Strategi
Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak. Bab ini telah menganalisis berkaitan
perbezaan kanak-kanak dan orang dewasa dalam berkomunikasi. Seterusnya, bab
terakhir adalah bab tujuh pula bertajuk Cadangan Kajian Akan Datang. Terdapat dua
bahan yang telah dinyatakan dalam bab ini iaitu bahan bercetak dan bahan elektronik
serta media sosial. Bahasa isyarat juga merupakan salah satu cara untuk
berkomunikasi bagi golongan kurang upaya.
Implikasi buku ini kepada kita
adalah, dapat membantu berkomunikasi dengan baik. Tambahan pula, dapat
mengetahui bentuk-bentuk komunikasi yang ada. Komunikasi merupakan sesuatu yang
penting kepada semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.
Billig, M. (2008). The Language of Critical Discourse Analysis. The Case of Nominaslisation. Discourse and Society, 17 (2): 147-172
Edmonson, W. (1981). Spoken Dicourse: A Model for Analysis. Longman: Michigan.
Firth, J. R. (1957). Papers in linguistics, 1934-1951. London: Oxford University Press.
Harga : RM20.00
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.
Billig, M. (2008). The Language of Critical Discourse Analysis. The Case of Nominaslisation. Discourse and Society, 17 (2): 147-172
Edmonson, W. (1981). Spoken Dicourse: A Model for Analysis. Longman: Michigan.
Firth, J. R. (1957). Papers in linguistics, 1934-1951. London: Oxford University Press.
Harga : RM20.00