Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam bukunya Eh!!! Media Sosial berkaitan Etika Penulisan Blog pertama adalah tajuk yang menarik dan menarik perhatian pembaca. Penulis mestilah memilih tajuk yang sesuai dan menarik ketika penulisan blog. Tajuk yang sesuai dan menarik juga dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca blog tersebut sehingga habis. Selain itu, blog yang menarik perhatian pembaca akan menjadi ikutan ramai pembaca blog.

Etika Penulisan Blog yang kedua pula adalah menurut Normaliza Abd Rahim (2014) cerita yang dapat menarik hati pembaca. Hal ini demikian adalah, jalan cerita yang ditulis mestilah menarik hati pembaca. Pembaca akan selalu mengikuti perkembangan blog tersebut sekiranya cerita yang ditulis itu sangat menarik hati setiap pembaca. Terdapat juga pembaca yang tidak sabar untuk menunggu post seterusnya sekiranya cerita yang disampaikan itu menarik hati setiap pembaca. 

Seterusnya, Etika Penulisan Blog adalah ayat yang humor serta mempunyai unsur jenaka (Normaliza Abd Rahim, 2014). Dalam penulisan blog yang baik, penulisan mestilah memasukkan ayat yang humor dan terdapat unsur jenaka dalam penulisannya. Penulisannya seperti ini dapat menarik perhatian pembaca untuk membacanya. Hal ini demikian, adalah sesetengah pembaca mahukan ayat yang humor juga ketika membacanya agar tidak merasa bosan atau mengantuk untuk membaca blog tersebut.

Etika Penulisan Blog menurut Normaliza Abd Rahim (2014), hujah yang terbaik dalam penulisan. Pembaca tidak akan berminat untuk membaca sesuatu penulisan itu sekirannya terdapat unsur menipu. Hal ini, untuk penulisan blog yang baik mestilah menggunakan hujah yang terbaik dan huraian yang digunakan adalah sahih. Penulis mestilah mengelakkan untuk menulis topik-topik yang sensitif seperti politik dan agama. Selain itu, struktur ayat yang digunakan dalam penulisan mestilah mudah difahami oleh pembaca. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) juga Etika Penulisan Blog adalah mengaitkan dengan isu semasa. Dalam penulisan blog pembaca lebih gemar dengan isu-isu semasa untuk mengetahui sebarang maklumat. Penulisan blog yang baik dapat mengaitkan isu semasa dalam penulisannya agar pembaca tidak bosan kerana membaca sesuatu yang baharu. Berita-berita terkini selalunya akan menjadi tumpuan setiap orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan isu tersebut. Sekiranya, menulis berkaitan isu yang sudah basi pembaca tidak akan membacanya dan membaca dengan sambil lewa sahaja blog tersebut.


Menggunakan perkataan serta ayat yang ringkas merupakan Etika Penulisan Blog (Normaliza Abd Rahim, 2014). Pembaca lebih gemar membaca sesuatu penulisan tersebut sekiranya mereka memahami apa yang mahu disampaikan oleh penulis. Penggunaan ayat yang betul, ringkas dan mudah difahami oleh pembaca sangat lah penting dalam sesuatu penulisan. Penggunaan tatabahasa juga mestilah terdiri daripada tatabahasa yang betul. Pemabaca tidak akan tertarik sekiranya menggunakan bahasa yang tidak difahami untuk membacanya. Tambahan pula, elakkan menggunakan kata-kata serta perkataan yang kesat dalam penulisan. 

Etika Penulisan Blog menurut Normaliza Abd Rahim (2014), berkomunikasi dengan pembaca. dalam penulisan blog jangan lah kita menulis seperti syok sendiri. Penulisan blog yang baik mestilah berkomunikasi dengna pembaca juga seperti menggunkan ayat "adakah anda semua sudah mencubanya?". Hal ini dalam penulisan itu, tidak lah kita menulis tanpa memikirkan pembacanya juga.

Akhirnya, dalam Etika Penulisan Blog menggunakan ayat yang moral serta nilai estetika (Normaliza Abd Rahim, 2014). Dalam penulisan mestilah memasukkan juga ayat-ayat yang berbentuk nasihat atau moral dalam sesebuah cerita itu. Hal ini dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca blog tersebut. Selain itu, ada sesetengah pembaca gemar untuk mendengar nasihat dalam sesuatu cerita yang mereka baca. 


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...