Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019:DIRI

Assalammualaikum w.b.t, nama diberi Nurul Hafizah binti Abd Sukor dan bernombor matrik 191043. Saya berasal daripada Maran, Pahang dan tinggal di Felda Bukit Tajau. Tambahan pula, saya berumur 23 tahun dan dilahirkan pada 20 Januari 1996 di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan. Saya, mempunyai lima orang adik-beradik dan saya merupakan anak kedua. Nama gelaran yang dipanggil dalam keluarga adalah "angah", "kakngah" atau "makngah".

Ibu saya bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan New Zealand yang terletak di Pahang. Bapa saya pula bekerja sendiri. Kerja yang dilakukan adalah seperti berkebun serta membuat kuih tradisional iaitu kuih bakar atau kuih bengkang dan membuat kerja-kerja kampung.

Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Felda Bukit Tajau. Kemudian, saya sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau sehingga tahun 2008. Pada tahun, 2009 saya memasuki alam Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran sehingga tingkatan 3 dan bertukar di Sekolah Menengah Cedung Jaya sehingga tingkat lima setelah selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran.

Setelah STPM saya mendapat tawaran belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kos Sastera (Bahasa dan Lingusitik Melayu). Saya juga mengambil minor dalam bidang Penulisan.

Saya rasa itu saya perkenalan tentang diri saya.
Terima kasih kerana membacanya.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...