Ulasan
berkaitan blog
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), dalam bukunya iaitu Eh !!! Media
Sosial blog ini merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Blog juga ini boleh digunakan untuk kegunaan
peribadi iaitu sebagai jurnal, diari dan boleh digunakan untuk pernigaan. Menurut
Feerdig & Trammell (2004), adalah panduan menulis blog mestilah memenuhi
syarat-syarat dalam menulis.
Selain itu, menurut Nowson (2006), berpendapat bahawa blog ini
merupakan laman web yang telah dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala
bahasa yang digunakan adalah tidak formal dan kurang terhad. Menurut Zaini et
al. (2012) telah menyatakan bahawa melalui penggunaan blog ini juga pelajar
mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Hal ini demikian
memberi peluang kepada penulis bloh untuk belajar berkaitan idea yang
disampaikan, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan
penulisan mereka.
Menurut Nadrah Abu Bakar et al. (2010) menyatakan bahawa
menulis blog ini juga boleh membentuk keyakinan diri seseorang. Keputusan
melalui kajian soal selidik pelajar memberi respon positif berkenaan penggunaan
blog dalam aktiviti pembelajaran bahasa kedua. Tambahan pula, mereka menyatakan
bahawa penggunaan blog secara umum dapat meningkatkan lagi kemahiran bahasa
kedua mereka. Sebagai contoh, membaca dan menulis, membangunkan keyakinan diri,
meningkatkan kemahiran berkomunikai dan mengurangkan kebimbangan mereka apabila
belajar secara betutur dalam bahasa Inggeris bersama rakan sebaya.
Teradapat sepuluh cara menulis blog dengan baik menurut Normaliza
Abd Rahim (2014). Pertama adalah memilih tajuk menarik yang boleh menarik
perhatian pembaca. Kedua, menulis cerita yang menarik yang dapat menarik hati
pembaca. Seterusnya, memasukkan ayat yang berbentuk humor dan jenaka untuk
membuatkannya lebih menarik. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk
menghuraikan penulisan anda. Tambahan pula, mengaitkan penulisan anda dengan
berita yang terkini. Di samping itu, menggunakan perkataan dan struktur ayat
yang ringkas yang dapat dibaca dan difahami. Penulis juga perlu berkomunikasi
dengan pembaca semasa menulis. Seterusnya, memasukkan moral dan nilai estetika
dalam penulisan anda. Akhir sekali, berilmu dalam penulisan yang berpendidikan
.
Berkaitan metodologi sampel kajian mengenai blog adalah terdiri
daripada 60 orang responden lelaki dan perempuan. Responden ini merupakan
secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu. Hal ini responden ini mempunyai pengalaman dalam
menulis blog. Soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan peratus.
Dalam keputusan dan perbincangan terbahagi kepada tiga iaitu blog
di dalam Pengajian Kesusasteraan, blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam
Pembelajaran Teknologi. Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukan
terdapat responden lebih gemar menulis untuk cerpen pendek. Keputusan ini
menunjukkan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu
mereka menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik
kemahiran menulis.
Blog dalam Pembelajaran Bahasa pula adalah mereka lebih suka
menulis meluahkan perasaan. Peratusan responden menunjukkan wanita lebih tinggi
berbanding lelaki. Hal ini mereka beranggpan bahawa wanita lebih bersikap
sentimental. Tambahan pula, blog merupakan salah satu medium terbaik untuk
meluahkan perasaan bagi wanita. Namun begitu, lelaki tidak berminat untuk
meluahkan perasaan di blog kerana akan dibaca oleh orang lain.
Blog dalam Pembelajaran Teknologi pula lebih teruja menyiarkan klip
video di dalam blog mereka. Hal ini mereka lebih gemar meletakkan klip video
berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog. Selain itu, ada juga
responden lebih gemar meletakkan audio di dalam blog mereka. 100% lelaki dan
wanit memeberi responden yang baik untuk memasukkan audio di dalam blog.
No comments:
Post a Comment