Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA




Assalammualaikum w.b.t

Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak kedua. Nama umi saya adalah Salina binti Mohd Ali. Saya mempunyai abah iaitu bernama Abdullah bin Seman. Kami lima beradik sangat rapat dengan abah kerana abah sangat baik orangnya. Abah juga merupakan seorang yang rajin. Umi saya juga seorang yang baik dan sangat sporting selalu mendengar masalah kami adik-beradik.

Kakak saya yang sulung sudah berkahwin dan suaminya merupakan orang Johor. Mereka telah dikurniakan cahaya mata pada tarikh 2 April 2019. Mereka mendapat baby boy dan dia tersangatlah comel. Cahaya matanya diberi nama Muhammad Thaqif bin Mohd Sharil. Thaqif merupakan cucu yang pertama kepada tokmi dan tokabah.

Thaqif sekarang berumur 6 bulan 1 hari. Semua orang sangat sayang dan geram dengan Thaqif kerana wajahnya comel dan tembam. Thaqif juga merupakan anak buah yang pertama dalam keluarga kami kerana adik-beradik yang lain tidak berkahwin lagi. Thaqif sangat disayangi oleh kami sekeluarga. Thaqif juga menjadi cicit kesayangan kepada moyangnya iaitu atuk kami.






No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...