Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Buku Eh!!! Media Sosial ditulis oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Mempunyai lapan bab. Bab 1 adalah Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Dalam bab ini terdapat kata-kata daripada Noraien Mansor, 2016 dan Normaliza Abd Rahim, 2014. Selain itu, dalam bab ini juga menceritakan berkaitan Media Sosial, Rangkaian Sosial dan Jenis-jenis Media Sosial. Tambahan pula, dalam bab ini juga turut menceritakan kenapa buku media sosial ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Etika dalam media sosial menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 juga ada diceritakan mengikut pilihan perkataan, struktur ayat, peraturan tatabahasa, sensitiviti (agama), sensitiviti (politik), perkataan/kata-kata kesat, ancaman, fitnah dan kajian. Terdapat tiga aktiviti di dalam bab ini. Bab 2 pula bertajuk Twitter dan Trend Terkini. Terdapat beberapa Kajian Tentang Twitter yang dinyatakan dalam bab 2 ini. Antranya menurut Bicen & Cavus (2012), Borau, Ullrich, Feng & Shen (2009) dan Bruns (2012). Dalam Hasil dan Perbincangan pula menceritakan tentang Mudah Diakses, Pantas dan Efisyen dan Informasi Terkini. Dalam bahaguan ini telah mengajar cara untuk membuat Twitter. Bab 3 bertajuk Facebook Masih Digunakan. Terdapat beberapa kajian tentang Facebook yang dinyatakan dalam bab ini. Terdapat metodologi dalam bab ini yang menceritakan tujuan kajian ini dilakukan. Hasil dan Perbincangan menunjukkan peratusan penggunaan Facebook. Dalam bab ini juga telah mengajar cara untuk membuat Facebook. Bab 4 bertajuk Instagram Menyeronokkan. Kajian tentang Instagram, antaranya menurut Bell (2013), Hochman & Manovich (2013) dan Hu, Manikonda & Kambhampati. Metodologi terdiri daripada sepuluh subjek atau responden pengguna Instagram. Dalam Hasil dan Perbincangan telah menceritakan Persepsi subjek terhadap cerita pendek Instagram untuk 5 Subjek. Bab 5 pula bertajuk E-mel Masih Popular Pada Masa Kini. Dalam kajian terhadap E-mel terbahagi kepada dua iaitu Kenapa Menggunakan E-mel dan Interaksi. Dalam metodologi telah melibatkan tiga area. Bab 6 pula Blog di Dalam Kelas Bahasa. Dalam bab ini mempunyai keputusan dan perbincangan kajian menunjukan carta bar. Terdapat cara membuat blog dalam bab ini. Bab 7 iaitu Isu Dalam Rangakaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna. Terdapat teori dan literature dalam bab ini. Hal ini telah dinyatakan oleh beberapa orang dalam kajiannya. Bab 8 Implikasi Pedagogi menceritakan peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar, suasana pembelajaran dan penilaian dan kaedah penilaian.
Implikasi buku ini dapat mengajar saya untuk membuat media sosial dan menggunakan media sosial dengan cara yang betul. Hal ini buku ini sangat membantu dan bagus untuk semua golongan.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Harga: Rm60.00



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...