Close-up manusia
Gambar close-up ini menunjukkan wajah yang penuh dengan senyuman sehingga menampakkan ke semua giginya. Wajah seperti ini tidak boleh dilakukan dengan terpaksa. Wajah seperti ini mestilah dilakukan dengan sepenuh hati agar nampak seperti semulajadi senyuman yang penuh dengan gembira.
Gambar close-up yang kedua pula menunjukkan sedang bersedih. Nampakkan wajah sedih dan air mata di pipinya. Gambar ini juga menunjukkan perasaannya yang sedang bersedih disebabkan tidak lama lagi akan diadakan pembentangan untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir tetapi tidak menyiapkan dengan sepenuhnya lagi.
Gambar close-up yang ketiga ini menunjukkan muka dan perasaan yang marah. Dia menunjukkan muka marah adalah kerana terpaksa mengambil gambar dia bawah terik matahari. Tidak semua orang suka untuk mengambil gambar di bawah terik matahari.
Close-up bukan manusia
Gambar ini menunjukkan close-up bukan manusia. Gambar ini juga telah menampakkan lebah itu sedang mengisap madu yang terdapat di bunga.
Gambar close-up yang kedua ini menunjukkan gambar sayur yang berada di kebun. Gambar ini menampakkan dengan jelas terdapat air di kelopak sayur tersebut.
Gambar close-up yang terakhir iaitu bukan manusia menunjukkan gambar bunga yang sedang hidup mekar. Bunga tersebut telah menampakkan corak-corak yang terdapat di kelopaknya dengan begitu jelas.
No comments:
Post a Comment