Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Cerita yang tak dapat dilupakan


Pada 23 September 2018, saya bertolak dari Kuala Lumpur ke Fukuoka, Japan. Saya telah mengikuti program iaitu Look East Policy Programme di Kyushu Institute Of Techology, Japan. Pada 23 Sept kami menaiki pesawat pada jam 4:55 petang ke Hong Kong. Pesawat yang kami naiki akan transit di Hong Kong selama 12 jam. Pesawat kami ke Fukuoka, adalah pada pukul 8:55 pagi pada 24 Sept 2018.

Lebih kurang jam 4:00 petang waktu Japan kami tiba di Lapang Terbang Fukuoka. Di sana terdapat sorang fasilitator iaitu pelajar yang belajar di Kyushu Institute Of Techology telah ambil kami untuk dibawa ke tempat yang akan kami menginap selama dua minggu ini. Kami sangat terpegun dengan keindahan yang kami lihat sepanjang perjalanan ke Kyushu Institute. Perjalanan dari lapang terbang mengambil dalam satu jam untuk sampai. Tiba di situ, sorang pensyarah telah menanti kami. Beliau menyuruh kami memanggilnya dengan panggil sensei. Sensei merupakan bahasa Jepun dan bermaksud pensyarah dalam bahasa melayu.

Lebih kurang dua minggu kami berada di sana. Kami mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan oleh sensei sepanjang kami berada di sana. Kami dibawa melawat di dalam Kolej tersebut oleh beberapa orang fasilitator iaitu pelajar Japan yang belajar di situ. Terdapat beberapa pelajar Japan yang fasih berbahasa Inggeris dan beberapa pelajar tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Kami berkomunikasi dengan berbahasa Inggeris dengan pelajar tersebut. Mereka sangat peramah dengan kami.





No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...