Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram

Instagram Minggu Satu



Minggu Empat Asas Fotografi



Minggu Empat Kelas Amali



Ketenangan



Keredhaan



Kelegaan



Kegembiraan



Ibu



Keberkatan



Emoji



Swafoto bersama Prof






Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Buku Eh!!! Media Sosial ditulis oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Mempunyai lapan bab. Bab 1 adalah Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Dalam bab ini terdapat kata-kata daripada Noraien Mansor, 2016 dan Normaliza Abd Rahim, 2014. Selain itu, dalam bab ini juga menceritakan berkaitan Media Sosial, Rangkaian Sosial dan Jenis-jenis Media Sosial. Tambahan pula, dalam bab ini juga turut menceritakan kenapa buku media sosial ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Etika dalam media sosial menurut Normaliza Abd Rahim, 2014 juga ada diceritakan mengikut pilihan perkataan, struktur ayat, peraturan tatabahasa, sensitiviti (agama), sensitiviti (politik), perkataan/kata-kata kesat, ancaman, fitnah dan kajian. Terdapat tiga aktiviti di dalam bab ini. Bab 2 pula bertajuk Twitter dan Trend Terkini. Terdapat beberapa Kajian Tentang Twitter yang dinyatakan dalam bab 2 ini. Antranya menurut Bicen & Cavus (2012), Borau, Ullrich, Feng & Shen (2009) dan Bruns (2012). Dalam Hasil dan Perbincangan pula menceritakan tentang Mudah Diakses, Pantas dan Efisyen dan Informasi Terkini. Dalam bahaguan ini telah mengajar cara untuk membuat Twitter. Bab 3 bertajuk Facebook Masih Digunakan. Terdapat beberapa kajian tentang Facebook yang dinyatakan dalam bab ini. Terdapat metodologi dalam bab ini yang menceritakan tujuan kajian ini dilakukan. Hasil dan Perbincangan menunjukkan peratusan penggunaan Facebook. Dalam bab ini juga telah mengajar cara untuk membuat Facebook. Bab 4 bertajuk Instagram Menyeronokkan. Kajian tentang Instagram, antaranya menurut Bell (2013), Hochman & Manovich (2013) dan Hu, Manikonda & Kambhampati. Metodologi terdiri daripada sepuluh subjek atau responden pengguna Instagram. Dalam Hasil dan Perbincangan telah menceritakan Persepsi subjek terhadap cerita pendek Instagram untuk 5 Subjek. Bab 5 pula bertajuk E-mel Masih Popular Pada Masa Kini. Dalam kajian terhadap E-mel terbahagi kepada dua iaitu Kenapa Menggunakan E-mel dan Interaksi. Dalam metodologi telah melibatkan tiga area. Bab 6 pula Blog di Dalam Kelas Bahasa. Dalam bab ini mempunyai keputusan dan perbincangan kajian menunjukan carta bar. Terdapat cara membuat blog dalam bab ini. Bab 7 iaitu Isu Dalam Rangakaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna. Terdapat teori dan literature dalam bab ini. Hal ini telah dinyatakan oleh beberapa orang dalam kajiannya. Bab 8 Implikasi Pedagogi menceritakan peranan guru dan rangka kerja, peranan pelajar, suasana pembelajaran dan penilaian dan kaedah penilaian.
Implikasi buku ini dapat mengajar saya untuk membuat media sosial dan menggunakan media sosial dengan cara yang betul. Hal ini buku ini sangat membantu dan bagus untuk semua golongan.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Harga: Rm60.00



Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)











Ulasan Buku

Dalam bab satu yang bertajuk Kajian Wacana. Dalam ini juga telah menerangkan tentang teori wacana dalam pengkongisan antara berapa pihak. Antara pengkongisannya adalah melalui bahasa. Terdapat juga tokoh yang berkaitan dengan wacana telah di menyatakan dalam bab ini. Tambahan pula, dalam bab satu ini juga memperkenalkan berkiatan kajian wacana iaitu seperti maksud wacana serta konsep wacana tersebut. Terdapat sepuluh definisi wacana yang terdapat dalam bab satu ini. Bab dua pula telah menyatakan beberapa teori serta pendekatan berkaitan wacana. Antara teori yang telah dinyatakan dalam bab ini adalah teori Brown & Yule (1983), Stubbs(1983), Kritis (Vandijk, 1977), Kritis (Fairclough,1995) dan teori Normaliza Abd Rahim (2018d). Manakala pendekatan pula adalah, pendekatan Normaliza Abd Rahim(2018b). Bab tiga pula menceritakan berkaitan Analisis Wacana Tesktual dan Ujaran. Dalam bab ini telah menyatakan berkaitan dengan pengenalan berkaitan kajian analisis wacana. Selain itu, dalam bab ini juga telah membincangkan berkaitan metodologi. Hal ini, terdapat tiga kajian yang telah dinyatakan dalam metodologi iaitu kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak”, kajian tentang wacana tekstual cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Seterusnya dalam bab ini juga telah menyatakan keputusan dan perbincangan. Dalam bahagian ini telah menyatakan sebanyak tiga kajian wacana yang telah dilakukan. Dalam bab seterusnya adalah bab empat iaitu bertajuk Strategi Komunikasi telah membincangkan cara berkomunikasi dengan tepat. Antaranya adalah, berkomunkasi dalam kumulan yang kecil dan besar. Dalam bab lima pula, bertajuk Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Dalam bab lima ini terdapat 16 pendekatan yang telah dibincangkan oleh Normaliza Abd Rahim (2018e).  Bab enam pula, bertajuk Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak. Bab ini telah menganalisis berkaitan perbezaan kanak-kanak dan orang dewasa dalam berkomunikasi. Seterusnya, bab terakhir adalah bab tujuh pula bertajuk Cadangan Kajian Akan Datang. Terdapat dua bahan yang telah dinyatakan dalam bab ini iaitu bahan bercetak dan bahan elektronik serta media sosial. Bahasa isyarat juga merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi bagi golongan kurang upaya.

Implikasi buku ini kepada kita adalah, dapat membantu berkomunikasi dengan baik. Tambahan pula, dapat mengetahui bentuk-bentuk komunikasi yang ada. Komunikasi merupakan sesuatu yang penting kepada semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.

Billig, M. (2008). The Language of Critical Discourse Analysis. The Case of Nominaslisation. Discourse and Society, 17 (2): 147-172

Edmonson, W. (1981). Spoken Dicourse: A Model for Analysis. Longman: Michigan.

Firth, J. R. (1957). Papers in linguistics, 1934-1951. London: Oxford University Press. 


Harga : RM20.00

Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalamulaikum, nak tahu apa yang saya buat pada cuti pertengahan semester kali ini? Jom kita saksikan video di link ini https://youtu.be/qn-o_NkMwSc. Jangan lupa subscribe channel Nurul Hafizah. Terima kasih :)

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Ulasan berkaitan blog
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), dalam bukunya iaitu Eh !!! Media Sosial blog ini merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog juga ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi iaitu sebagai jurnal, diari dan boleh digunakan untuk pernigaan. Menurut Feerdig & Trammell (2004), adalah panduan menulis blog mestilah memenuhi syarat-syarat dalam menulis.
Selain itu, menurut Nowson (2006), berpendapat bahawa blog ini merupakan laman web yang telah dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan adalah tidak formal dan kurang terhad. Menurut Zaini et al. (2012) telah menyatakan bahawa melalui penggunaan blog ini juga pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Hal ini demikian memberi peluang kepada penulis bloh untuk belajar berkaitan idea yang disampaikan, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka.
Menurut Nadrah Abu Bakar et al. (2010) menyatakan bahawa menulis blog ini juga boleh membentuk keyakinan diri seseorang. Keputusan melalui kajian soal selidik pelajar memberi respon positif berkenaan penggunaan blog dalam aktiviti pembelajaran bahasa kedua. Tambahan pula, mereka menyatakan bahawa penggunaan blog secara umum dapat meningkatkan lagi kemahiran bahasa kedua mereka. Sebagai contoh, membaca dan menulis, membangunkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berkomunikai dan mengurangkan kebimbangan mereka apabila belajar secara betutur dalam bahasa Inggeris bersama rakan sebaya.
Teradapat sepuluh cara menulis blog dengan baik menurut Normaliza Abd Rahim (2014). Pertama adalah memilih tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, menulis cerita yang menarik yang dapat menarik hati pembaca. Seterusnya, memasukkan ayat yang berbentuk humor dan jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Tambahan pula, mengaitkan penulisan anda dengan berita yang terkini. Di samping itu, menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas yang dapat dibaca dan difahami. Penulis juga perlu berkomunikasi dengan pembaca semasa menulis. Seterusnya, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Akhir sekali, berilmu dalam penulisan yang berpendidikan .
Berkaitan metodologi sampel kajian mengenai blog adalah terdiri daripada 60 orang responden lelaki dan perempuan. Responden ini merupakan secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu. Hal ini  responden ini mempunyai pengalaman dalam menulis blog. Soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan peratus.
Dalam keputusan dan perbincangan terbahagi kepada tiga iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam Pembelajaran Teknologi. Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukan terdapat responden lebih gemar menulis untuk cerpen pendek. Keputusan ini menunjukkan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu mereka menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis.
Blog dalam Pembelajaran Bahasa pula adalah mereka lebih suka menulis meluahkan perasaan. Peratusan responden menunjukkan wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Hal ini mereka beranggpan bahawa wanita lebih bersikap sentimental. Tambahan pula, blog merupakan salah satu medium terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita. Namun begitu, lelaki tidak berminat untuk meluahkan perasaan di blog kerana akan dibaca oleh orang lain.
Blog dalam Pembelajaran Teknologi pula lebih teruja menyiarkan klip video di dalam blog mereka. Hal ini mereka lebih gemar meletakkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari di dalam blog. Selain itu, ada juga responden lebih gemar meletakkan audio di dalam blog mereka. 100% lelaki dan wanit memeberi responden yang baik untuk memasukkan audio di dalam blog.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA




Assalammualaikum w.b.t

Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak kedua. Nama umi saya adalah Salina binti Mohd Ali. Saya mempunyai abah iaitu bernama Abdullah bin Seman. Kami lima beradik sangat rapat dengan abah kerana abah sangat baik orangnya. Abah juga merupakan seorang yang rajin. Umi saya juga seorang yang baik dan sangat sporting selalu mendengar masalah kami adik-beradik.

Kakak saya yang sulung sudah berkahwin dan suaminya merupakan orang Johor. Mereka telah dikurniakan cahaya mata pada tarikh 2 April 2019. Mereka mendapat baby boy dan dia tersangatlah comel. Cahaya matanya diberi nama Muhammad Thaqif bin Mohd Sharil. Thaqif merupakan cucu yang pertama kepada tokmi dan tokabah.

Thaqif sekarang berumur 6 bulan 1 hari. Semua orang sangat sayang dan geram dengan Thaqif kerana wajahnya comel dan tembam. Thaqif juga merupakan anak buah yang pertama dalam keluarga kami kerana adik-beradik yang lain tidak berkahwin lagi. Thaqif sangat disayangi oleh kami sekeluarga. Thaqif juga menjadi cicit kesayangan kepada moyangnya iaitu atuk kami.






Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH




Tip mudah belajar

Semoga tip yang diberikan ini bermanfaat kepada semua. Anda akan jauh lebih berjaya daripada orang lain jika anda melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukannya. Semoga cita-cita akan tercapai dan membuahkan hasil. Berusaha!!! 

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds eye view (Gadis T-Rex Production)

 Birds eye view

Gambar bird eye view ini merupakan gambar dari tingkat empat bangunan kolej menunjukkan deretan motor yang tersusun. Pemandangan dari atas itu juga menunjukkan terdapat dua orang yang sedang berjalan. Kemungkinan dua orang itu mahu pergi ke kelas dan mereka sudah terlambat.



Gambar bird eye view ini menunjukkan pemandangan dari jarak yang jauh dari kolam mandi. Terdapat pokok-pokok di sekitar kolam tersebut yang hidup dengan baik. Selain itu, terdapat pokok kecil iaitu kerusi dan meja berada berdekatan dengan kolam mandi itu.



Pemandangan bird eye view yang terakhir ini merupakan gambar yang telah di ambil dari bangunan atas yang menunjukkan di bawahnya kereta dan motosikal. Pemandangan ini menunjukkan kereta dan motosikal berhenti disebabkan lampu isyarat berwarna merah.

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (Gadis T-Rex Production)

Over the shoulder



Gambar ini menunjukkan gambar over the shoulder. Kelihatan kawan-kawan di belakang itu sangat gembira berswafoto dengan pemandangan yang cantik yang terdapat di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.


Gambar ini menunjukkan gambar over the shoulder berlatar belakangkan pemandangan bangunan yang jauh. Dua orang daripada mereka tidak selesa untuk bergambar kerana menghadap matahari. 


Gambar over the shoulder yang ketika pula menunjukkan mereka berlatar belakangkan pokok-pokok. Suasana di situ sangat sejuk dan selesa kerana teduh daripada cahaya matahari. 

BBM3410Satu2019: Mug shot (Gadis T-Rex Production)

Mug shot
Mug shot 


Gambar mug shot ini menunjukkan emosinya yang sedang marah. Dia menunjukkan emosi marah kerana lapar disebabkan waktu mengambil gambar ini dia belum makan lagi.


Gambar mug shot yang kedua ini pula menunjukkan emosi sedih. Emosi sedih yang ditunjukkan telah menitiskan air mata di pipinya kerana sangat rindukan keluarganya yang berada di kampung halaman. 


Gambar mug shot yang ketiga ini pula menunjukkan emosi yang gembira. Dia sangat gembira kerana ibunya memberitahunya dia sekeluarga akan bercuti di Cameron Highland pada cuti pertengahan tahun ini. 

BBM3410Satu2019: Kalendar

Pada semester 7 ni dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa kami diberikan tugasan membuat kalendar sendiri, iaitu kalendar untuk tahun 2020. Fi...